Pengorbanan seorang ibu tidak mungkin dapat dibalas dengan
wang ringgit. Harganya tidak ternilai dimuka bumi ini. Tanpa ibu siapalah kita.
Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita dengan kesakitan
yang amat perit ia adalah sakit kedua yang paling sakit. sakit pertama ialah
mati. Bertarung nyawa untuk melahirkan anak sehingga menitiskan air mata kerana
menahan kesakitan.
Aku mempunyai seorang ibu yang dipanggil MAMA, yang bernama
Salinah binti Esa. Mama aku seorang yang sangat prihatin tentang keperluan
anak-anaknya dan pelajaran, seorang yang berpendirian tegas, seorang yang tabah
menghadapi dugaan hidup, seorang penyabar dan berbagai lagi sikapnya yang sukar
untuk aku gambarkan.
Suatu hari mama pernah bercerita dengan aku tentang apa yang mama lalui selama ini.
Mama kata cerita ini hanyalah peringatan aku agar bersyukur dengan apa yang
kita ada. Masa mama kecik dulu, mama bukanlah hidup dalam keadaan yang senang
seperti orang lain. Mama sudah pandai masak ketika berumur 8 tahun, dan ketika
umur itulah nenek jatuh sakit. penyakit nenek tidaklah terlalu serius tetapi
perangai nenek berubah sejak mama sakit. kalau dulu nenek seorang yang
penyabar, namun sejak nenek sakit nenek mudah cemburu jika anaknya sendiri
bermanja atau rapat dengan ayahnya, malah anak-anaknya juga turut dipukul
disebabkan sikapnya. Namun mama tidak pernah marah dengan sikap nenek. Mama
juga turut menjaga adiknya. Mama adalah anak pertama dari 10 adik-beradik. Mama
mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Sepatutnya mama mempunyai 11 adik-beradik namun seorang telah meninggal
dunia ketika berumur 8 tahun. Disebabkan kesempitan hidup adik-adik mama perlu
diserahkan kepada diserahkan kepada saudara-mara untuk menjaga adik mama. Mama
cuba untuk menghalang namun tidak dapat. Tetapi mama sangat prihatin dengan
adik-adiknya, mama selalu melawat adik-adiknya
di rumah mak saudaranya. Ada yang berada di Kulai, batu pahat, kedah dan
ampang. Mama juga pernah cerita, setiap kali mama datang batu pahat jumpa adik
mama, dia mesti tak ada. Lama-lama barulah mama tahu yang adik mama tidak
dilayan seperti anak saudara tapi dilakukan seperti orang gaji. Mak saudara
mama juga pernah pesan kepada adik mama supaya tidak mengadu kepada sesiapa
terutama kepada mama. Dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Namun mama
berfikiran positif, mama tahu yang adik-adiknya hanya menumpang dirumah orang.
Adik-adik mama juga tidak disekolahkan. Disebabkan adik-adiknya selalu
melakukan kerja-kerja rumah di rumah mak saudaranya, sekarang adik-adik mama
mampu berdikari dan rajin dalam membuat kerja dan mencari rezeki keluarga.
Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan berlaku adil kepada hambaNya.
Adik beradik yang lain duduk serumah dengan mama, mamalah
yang menjaga mereka dan memasak untuk mereka. Setelah mama sudah bekerja, mama
mahu mengambil balik adik-adiknya. Selepas mama khawin dengan abah, mama juga
turut mengahwinkan adik-adiknya. Mama tetap tidak meninggal tanggungjawabnya
kepada adik-adik mereka. Mama juga turut menjaga nenek. Setelah nenek meninggal
dunia, atuk duduk dengan pak tih aku iaitu adik mama. Tapi sekarang atuk dah
duduk dengan mama. Atuk jatuh sakit setelah jatuh tangga dirumah aku. Mama
cakap…
“Mama pernah
bercita-cita dulu nak ada kereta, ada rumah sendiri, nak bawak atuk dan nenek
duduk rumah mama. Sekarang cita-cita mama dah tercapai, dulu mama hidup susah
bila mama dah senang sekarang mama nak balas jasa atuk.”
No comments:
Post a Comment