Setiap orang mempunyai cita-cita bukan ? dan semua orang
mahu cita-cita mereka tercapai seperti mana mereka impikan sebelum ini. Pada
mulanya cita-cita aku hanyalah ingin menghiburkan hati semua orang iaitu
menari. Minat aku terhadap tarian sangat mendalam, hanya tarian sahaja yang
mampu membuatkan hati aku terhibur. Aku juga bermimpi agar suatu hari nanti
impian aku tercapai untuk menjadi seorang penari dan menjadi tenaga pengajar
dalam bidang tarian. Bagi aku tarian tradisional adalah satu tarian yang sangat
unit dan mampu membuat seseorang tersenyum. Apabila aku menari aku sangat
gembira dan teruja kerana aku tahu itulah impian aku. Menari membuatkan aku
tersenyum, yakin pada diri aku, gembira dan satu-satunya cara untuk aku
menenangkan fikiran aku.
Namun semuanya berubah setelah aku berpindah ke UITM.
Seketikanya aku di sana aku masih berminat dalam tarian dan mengikuti semua
aktiviti yang melibatkan tarian. Malah aku turun menjalani uji bakat untuk menyertai
kelab tarian disana. Beratus-ratus orang yang mencuba nasib namun hanya tujuh
orang yang bertuah. Tidak disangka nama aku turut tersenarai untuk menyertai
kelab itu, Alhamdulillah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu, tidak
disangka sekadar mencuba nasib akhirnya aku dapat mencapai impian aku. Bagi aku
ini satu langkah yang bagus untuk mencapai cita-cita aku kerana aku dapat
belajar lebih banyak tentang tarian dan aku akan dapat banyak pengalaman yang
dapat mengajar aku cara hidup seorang penari.
Tapi semua itu hanyalah sia-sia bagi aku. Aku telah memilih
ROTU sebagai kokurikulum aku di UITM, untuk pengetahuan anda ROTU bukan sahaja
sebagai kokurikulum malah ia adalah kehidupan harian aku. Mesti semuanya
tertanya-tanya kenapa aku memilih askar sebagai koko aku, pada awalnya aku langsung
tidak berminat untuk menjadi seorang askar, namun atas mengikut kehendak rakan
aku, aku turut mencuba nasib dalam askar. Niat aku hanyalah untuk mencuba tapi
tidak disangka aku terpilih. Apabila anda terpilih, maka segala undang-undang
askar anda kene patuhi. Aku juga turut terpaksa memilih antara tarian atau pun
askar? Itu adalah keputusan yang sangat sukar kerana jika sekali anda sudah
terpilih untuk menjadi seorang askar bukan mudah untuk anda meninggalkannya
kerana anda sudah terikat dengan ikrar dan janji askar.
Namun aku masih mahu meneruskan cita-cita aku sebagai
seorang penari. Penari dan askar sangat berbeza. Akhirnya aku membuat
keputusan. Aku memilih askar sebagai kehidupan aku di UITM. Itu adalah
satu-satunya keputusan yang tidak disangka-sangka. Aku tarik diri dalam bidang
tarian dan secara sahnya aku bukan lagi ahli kelab tarian tersebut. Bukan
senang untuk aku memilih kedua-duanya kerana takut akan memakan diri aku
sendiri. Latihan tarian dilakukan setiap malam, rocall ROTU juga dilakukan setiap
malam. Susah untuk aku hadir dikedua-dua tempat dalam masa yang sama. Kenapa
aku memilih askar dalam kehidupan aku ? Kerana aku tidak mahu orang memandang
aku sebagai seorang penari sahaja, aku juga ingin mencuba sesuatu yang lain
agar orang tahu yang aku ini bukanlah seseorang yang lemah dan tidak mudah
untuk diperbodohkan. Bagi aku dengan kehidupan cara askar sahaja yang boleh
mendisiplinkan aku, mengajar aku belajar dalam tekanan.
Bukan mudah untuk bertahan dalam bidang askar kerana aku
bukan sahaja seorang pelajar UITM malah aku juga askar. Aku diajar supaya
menjadi seorang pelajar UITM yang berdisiplin dengan mengamalkan kehidupan cara
askar. Berlainan dengan pelajar lain mereka lebih banyak masa berbanding aku.
Jika hujung minggu mereka lebih suka keluar bersama kawa-kawan tapi aku bersama
skuad-skuad aku menjalani latihan askar. Jika malam lepas study mereka tidur,
tapi aku lepas study kene rocall. Jika mereka belajar dalam keadaan tenang dan
mempunyai masa, tapi aku belajar dalam keadaan tertekan dan tidak banyak masa
kerana terlampau sibuk dengan latihan askar, jika pagi-pagi mereka masih tidur
tapi aku pagi-pagi sudah berlari dengan skuad aku, jika mereka tidur pukul 12
tapi aku dan skuad aku tidur pukul 2 atau 3 pagi. Susah untuk aku menceritakan
kisah kehidupan seorang askar kerana anda tidak tahu bagaimana rasanya menjadi
seorang askar. Kerana anda hanya melihat tapi kami yang merasanya. Namun ini
adalah pilihan aku, aku meninggalkan impian aku sebagai seorang penari kerana
askar. Mungkin aku menyesal pada hari ini tapi dikemudian hari aku akan
bersyukur dengan tindakan aku kerana memilih kehidupan seorang askar. Mungkin
aku akan keluar baris dan menjadi seorang penari semula tetapi aku tahu aku
tidak akan membuat keputusan begitu kerana skuad aku sentiasa menyokong dan
memberi semangat agar aku kekal dalam bidang ini. Setiap kali aku melihat orang
menari, semestinya aku akan merasa kesedihannya kerana alangkah bahagianya aku
jika aku memilih untuk menjadi seorang menari. Bukan senang nak buang minat aku
dalam bidang tarian, namun inilah pengorbanan yang aku lakukan setelah aku
bergelar pelajar UITM. Bagi aku, aku mesti memilih keputusan yang tepat agar
aku tidak terpesong menjadi seorang pelajar sehingga aku lupa apa niat aku
sebenarnya datang ke UITM ini. Aku tahu setiap pengorbanan yang dilakukan pasti
ada hikmahnya kerana tuhan tahu apa yang kita lalui.Tuhan tidak akan memberi
apa yang kita nak tapi tuhan akan beri apa yang kita perlukan dalam kehidupan
ini. Dari saya ROTU cawangan Melaka batch 33.
No comments:
Post a Comment