Saturday 19 May 2012

mama saya


Pengorbanan seorang ibu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Harganya tidak ternilai dimuka bumi ini. Tanpa ibu siapalah kita. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita dengan kesakitan yang amat perit ia adalah sakit kedua yang paling sakit. sakit pertama ialah mati. Bertarung nyawa untuk melahirkan anak sehingga menitiskan air mata kerana menahan kesakitan.
Aku mempunyai seorang ibu yang dipanggil MAMA, yang bernama Salinah binti Esa. Mama aku seorang yang sangat prihatin tentang keperluan anak-anaknya dan pelajaran, seorang yang berpendirian tegas, seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup, seorang penyabar dan berbagai lagi sikapnya yang sukar untuk aku gambarkan.

Suatu hari mama pernah bercerita dengan  aku tentang apa yang mama lalui selama ini. Mama kata cerita ini hanyalah peringatan aku agar bersyukur dengan apa yang kita ada. Masa mama kecik dulu, mama bukanlah hidup dalam keadaan yang senang seperti orang lain. Mama sudah pandai masak ketika berumur 8 tahun, dan ketika umur itulah nenek jatuh sakit. penyakit nenek tidaklah terlalu serius tetapi perangai nenek berubah sejak mama sakit. kalau dulu nenek seorang yang penyabar, namun sejak nenek sakit nenek mudah cemburu jika anaknya sendiri bermanja atau rapat dengan ayahnya, malah anak-anaknya juga turut dipukul disebabkan sikapnya. Namun mama tidak pernah marah dengan sikap nenek. Mama juga turut menjaga adiknya. Mama adalah anak pertama dari 10 adik-beradik. Mama mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Sepatutnya mama mempunyai  11 adik-beradik namun seorang telah meninggal dunia ketika berumur 8 tahun. Disebabkan kesempitan hidup adik-adik mama perlu diserahkan kepada diserahkan kepada saudara-mara untuk menjaga adik mama. Mama cuba untuk menghalang namun tidak dapat. Tetapi mama sangat prihatin dengan adik-adiknya, mama selalu melawat adik-adiknya  di rumah mak saudaranya. Ada yang berada di Kulai, batu pahat, kedah dan ampang. Mama juga pernah cerita, setiap kali mama datang batu pahat jumpa adik mama, dia mesti tak ada. Lama-lama barulah mama tahu yang adik mama tidak dilayan seperti anak saudara tapi dilakukan seperti orang gaji. Mak saudara mama juga pernah pesan kepada adik mama supaya tidak mengadu kepada sesiapa terutama kepada mama. Dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Namun mama berfikiran positif, mama tahu yang adik-adiknya hanya menumpang dirumah orang. Adik-adik mama juga tidak disekolahkan. Disebabkan adik-adiknya selalu melakukan kerja-kerja rumah di rumah mak saudaranya, sekarang adik-adik mama mampu berdikari dan rajin dalam membuat kerja dan mencari rezeki keluarga. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan berlaku adil kepada hambaNya.

Adik beradik yang lain duduk serumah dengan mama, mamalah yang menjaga mereka dan memasak untuk mereka. Setelah mama sudah bekerja, mama mahu mengambil balik adik-adiknya. Selepas mama khawin dengan abah, mama juga turut mengahwinkan adik-adiknya. Mama tetap tidak meninggal tanggungjawabnya kepada adik-adik mereka. Mama juga turut menjaga nenek. Setelah nenek meninggal dunia, atuk duduk dengan pak tih aku iaitu adik mama. Tapi sekarang atuk dah duduk dengan mama. Atuk jatuh sakit setelah jatuh tangga dirumah aku. Mama cakap…

“Mama pernah bercita-cita dulu nak ada kereta, ada rumah sendiri, nak bawak atuk dan nenek duduk rumah mama. Sekarang cita-cita mama dah tercapai, dulu mama hidup susah bila mama dah senang sekarang mama nak balas jasa atuk.”

Friday 18 May 2012

JIKA KITA DIBERI 2 PILIHAN YANG MANAKAH AKAN ANDA PILIH ?


Setiap orang mempunyai cita-cita bukan ? dan semua orang mahu cita-cita mereka tercapai seperti mana mereka impikan sebelum ini. Pada mulanya cita-cita aku hanyalah ingin menghiburkan hati semua orang iaitu menari. Minat aku terhadap tarian sangat mendalam, hanya tarian sahaja yang mampu membuatkan hati aku terhibur. Aku juga bermimpi agar suatu hari nanti impian aku tercapai untuk menjadi seorang penari dan menjadi tenaga pengajar dalam bidang tarian. Bagi aku tarian tradisional adalah satu tarian yang sangat unit dan mampu membuat seseorang tersenyum. Apabila aku menari aku sangat gembira dan teruja kerana aku tahu itulah impian aku. Menari membuatkan aku tersenyum, yakin pada diri aku, gembira dan satu-satunya cara untuk aku menenangkan fikiran aku.

Namun semuanya berubah setelah aku berpindah ke UITM. Seketikanya aku di sana aku masih berminat dalam tarian dan mengikuti semua aktiviti yang melibatkan tarian. Malah aku turun menjalani uji bakat untuk menyertai kelab tarian disana. Beratus-ratus orang yang mencuba nasib namun hanya tujuh orang yang bertuah. Tidak disangka nama aku turut tersenarai untuk menyertai kelab itu, Alhamdulillah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu, tidak disangka sekadar mencuba nasib akhirnya aku dapat mencapai impian aku. Bagi aku ini satu langkah yang bagus untuk mencapai cita-cita aku kerana aku dapat belajar lebih banyak tentang tarian dan aku akan dapat banyak pengalaman yang dapat mengajar aku cara hidup seorang penari.

Tapi semua itu hanyalah sia-sia bagi aku. Aku telah memilih ROTU sebagai kokurikulum aku di UITM, untuk pengetahuan anda ROTU bukan sahaja sebagai kokurikulum malah ia adalah kehidupan harian aku. Mesti semuanya tertanya-tanya kenapa aku memilih askar sebagai koko aku, pada awalnya aku langsung tidak berminat untuk menjadi seorang askar, namun atas mengikut kehendak rakan aku, aku turut mencuba nasib dalam askar. Niat aku hanyalah untuk mencuba tapi tidak disangka aku terpilih. Apabila anda terpilih, maka segala undang-undang askar anda kene patuhi. Aku juga turut terpaksa memilih antara tarian atau pun askar? Itu adalah keputusan yang sangat sukar kerana jika sekali anda sudah terpilih untuk menjadi seorang askar bukan mudah untuk anda meninggalkannya kerana anda sudah terikat dengan ikrar dan janji askar.
Namun aku masih mahu meneruskan cita-cita aku sebagai seorang penari. Penari dan askar sangat berbeza. Akhirnya aku membuat keputusan. Aku memilih askar sebagai kehidupan aku di UITM. Itu adalah satu-satunya keputusan yang tidak disangka-sangka. Aku tarik diri dalam bidang tarian dan secara sahnya aku bukan lagi ahli kelab tarian tersebut. Bukan senang untuk aku memilih kedua-duanya kerana takut akan memakan diri aku sendiri. Latihan tarian dilakukan setiap malam, rocall ROTU juga dilakukan setiap malam. Susah untuk aku hadir dikedua-dua tempat dalam masa yang sama. Kenapa aku memilih askar dalam kehidupan aku ? Kerana aku tidak mahu orang memandang aku sebagai seorang penari sahaja, aku juga ingin mencuba sesuatu yang lain agar orang tahu yang aku ini bukanlah seseorang yang lemah dan tidak mudah untuk diperbodohkan. Bagi aku dengan kehidupan cara askar sahaja yang boleh mendisiplinkan aku, mengajar aku belajar dalam tekanan.

Bukan mudah untuk bertahan dalam bidang askar kerana aku bukan sahaja seorang pelajar UITM malah aku juga askar. Aku diajar supaya menjadi seorang pelajar UITM yang berdisiplin dengan mengamalkan kehidupan cara askar. Berlainan dengan pelajar lain mereka lebih banyak masa berbanding aku. Jika hujung minggu mereka lebih suka keluar bersama kawa-kawan tapi aku bersama skuad-skuad aku menjalani latihan askar. Jika malam lepas study mereka tidur, tapi aku lepas study kene rocall. Jika mereka belajar dalam keadaan tenang dan mempunyai masa, tapi aku belajar dalam keadaan tertekan dan tidak banyak masa kerana terlampau sibuk dengan latihan askar, jika pagi-pagi mereka masih tidur tapi aku pagi-pagi sudah berlari dengan skuad aku, jika mereka tidur pukul 12 tapi aku dan skuad aku tidur pukul 2 atau 3 pagi. Susah untuk aku menceritakan kisah kehidupan seorang askar kerana anda tidak tahu bagaimana rasanya menjadi seorang askar. Kerana anda hanya melihat tapi kami yang merasanya. Namun ini adalah pilihan aku, aku meninggalkan impian aku sebagai seorang penari kerana askar. Mungkin aku menyesal pada hari ini tapi dikemudian hari aku akan bersyukur dengan tindakan aku kerana memilih kehidupan seorang askar. Mungkin aku akan keluar baris dan menjadi seorang penari semula tetapi aku tahu aku tidak akan membuat keputusan begitu kerana skuad aku sentiasa menyokong dan memberi semangat agar aku kekal dalam bidang ini. Setiap kali aku melihat orang menari, semestinya aku akan merasa kesedihannya kerana alangkah bahagianya aku jika aku memilih untuk menjadi seorang menari. Bukan senang nak buang minat aku dalam bidang tarian, namun inilah pengorbanan yang aku lakukan setelah aku bergelar pelajar UITM. Bagi aku, aku mesti memilih keputusan yang tepat agar aku tidak terpesong menjadi seorang pelajar sehingga aku lupa apa niat aku sebenarnya datang ke UITM ini. Aku tahu setiap pengorbanan yang dilakukan pasti ada hikmahnya kerana tuhan tahu apa yang kita lalui.Tuhan tidak akan memberi apa yang kita nak tapi tuhan akan beri apa yang kita perlukan dalam kehidupan ini. Dari saya ROTU cawangan Melaka batch 33.


Saturday 12 May 2012

anak kau bukan binatang kau nak sepak-sepak

Baru-baru nie malaysia digemparkan dengan satu berita yang sangat mengejutkan. Kes penderaan bayi. Seorang ibu yang sanggup memukul anaknya sendiri. Binatang yang tak ada akal pun pandai menjaga & sayang anak. aku tak faham kenapa perempuan nie tak ade perasaan belas kasihan kat anak dye. Bile aku tengok je video tu macam macam aku rase. marah, sedih, bengang, macam nk mencarut, nk nangis ergghhhhh !! sebelum nie aku tengok orang gaji yang dera budak. nie mak sendiri yang dera anak, budak tu baru belajar meniarap weyhhh. kau pukul dye, kau sepak dye cm binatang kau ingt anak kau tu ape ? nasib baiklah ade orang rakam kalau tak aku tak tau ape nasib budak tu. kalau kau tak sayang kau suruh orang len jage lagi elok dari kau jage dye. asal lah ko kene penjara kejap sangat, kenapa tak 20 tahun. lepas 20 tahun kau dah keluar penjara, kau cari anak kau, mase uh anak kau dah tengok video mcm mane kau sepak dye dulu. Mesti dye tak kenal kau conform!

Kesian budak uh, nasib baik dye dah selamat sekarang. nie baru ape yang aku nampak dalam berita, cube yang belum kite nampak? budak2 yang kene dera lagi terok? tak de sape nak tolong budak :( sedih giler. ape tah lagi budak2 yang kene dera sampai meninggal? aku harap budak uh dapat keluarga angkat yang sayang budak uh. dan aku harap perempuan uh sedar kesilapaan dye. Kalau tak pndai jaga anak tak payah buat anak k. ramai wanita kat dunia ni nak ada anak tapi tak ada rezeki. Kau dah ada anak tak nak bersyukur. Kalau kau ade masalah peribadi pun jangan sama sekali nak libatkan anak kau. Anak kau tak bersalah. Aku siap cakap dengan mama aku soh amek anak angkat. Terasa nak ade baby kat uma nie. hurmmmm aku harap lepas nie aku tak dengar lagi cite2 yang membuatkn aku nak mencarut. 

Pesanan aku yang terakhir : sayangilah anak-anak kamu, kerana ia adalah anugerah tuhan. tak semua orang bertuah yang dapat anugerah sebesar ini. janganlah memukul untuk melepaskan geram tapi pukul lah kerana anda sayang dan untuk mendidik sebenarnya ( jgn lebih2 plak ). Sebelum kau nk sepak budak uh kau bayangkan dulu mcm mane kalau kau ade kat tempat budak tu oke :) 


Monday 7 May 2012

ROTU BEST NIGHT

assalamualaikum ...
oke skrg aku nk citekan pasal dinner ROTU
Dinner ROTU akan diadakan setahun sekali
Dimana junior kene tolong inter dalam projek nie
Inter sebagai ketua projek dan senior & YO adelah sbagai tetamu khas .
Ape yang junior kene buat ialah membuat persembahan untuk senior2.
Senior plak sangat cantik pada malam itu dengan pasangan mereke :)
kalau sebut ROTU je askar , so mlm nie kami tak nmpk mcm askar hehe
asyik pakai baju loreng je , ape salah nye nak melawa :) 

avillion legacy hotel

bergambar dengan smua peringkat senior, inter & junior termasuk YO

 sepet

 azyani

 zaty

 nabilah

 syafinor arisha

 fadilah

 wawa

 syafiqah

 faiz fidaie





 aker



 anugerah kecemerlangan






rotu leadership and motivation camp

pada cuti sem ini, palapes cawangan melaka telah pergi ke TAMAN NEGARA, pahang :) sngt seronok kerana  nie adalah kali pertama ak pergi camp palapes tnpa ada unsur askar. Selama 3 hari dua mlm kami kat sane & penuh dgn bermacam2 aktiviti. Camp nie dyorg campurkan antara junior, inter & senior. So sejak dr camp nie hubungan antara junior, inter & senior menjadi semakin rapat. kami jg diwajibkan supaya tidak mmggil "Puan atau Tuan" kpd pangkat yg lebih tggi dr kami. so kene pggil abang & akak. Mule2 agak susah nk panggil abang & akak, yelaa sbb dah terbiasa dgn pnggilan Tuan & Puan. Mmg tak de lgsg unsur2 askar sepnjg camp nie berjalan ( sebenarnye ade ckit hehe ) tp tak kesah lahhh :D actually ini adelah kali terakhir berjumpe senior kami. Sedih rasenye sbb dyorg yg bnyk jaga kami selama kami menjadi junior. susah nk ckp sedih mcm mane :) tp ape yg aku tau aku & skuad2 aku sangat SAYANGkan senior kami ! kami syg senior tapi kami tak tunjuk :)

Pic nie sebelum kami bertolak dr uitm


ini Puan Afnie. dye tak dpt pergi camp sbb ade hal.
dye adelah The Best Senior bg aku.
Pic nie adelah pic terakhir aku dgn dye .
ILOVEYOU
pic dlm Bus :)




setelah tiba di taman negara :)
muke semangat semua haha
bergambar dulu :)




kumpulan ketupat haha

ini tuan Ammar . ketua kumpulan aku




di perkampungan org asli

ada gaye an haha



ini lah rupenye klu pmpn pasang khemah


mereka adelah senior saya :)

 skuad saya


time to go !
LAT LAT GO ! LAT LAT GO !
video nie mase di perkmpgan org asli.

sgt seronok :) ade masalah skit mase nk blek . tetibe plak tayar bus uitm pecah erghhhhh agak lame nk tggu bus OK dr kol 1 pm smpai kol 9 stgh pm :) seronokkn tggu lame2 smua tido kat beterabur kat tepi bus uh . ak tak rasa pown lame sbb aku sedap tgh tido di bwah pondok yg nyaman haha


bertolak kol 9 lbh smpai uitm melaka dlm kol 5 pg cm uh . dlm bus smua berdengk0r kepenatan . haha yg penting perjalanan kami sgt menyeronok kn :) 













Thursday 3 May 2012

majlis anugerah dekan

alhamdulillah saya dekan :) 
result baru2 nie pown oke laaa 
ini untuk mama & abah saya :)