Saturday 12 May 2012

anak kau bukan binatang kau nak sepak-sepak

Baru-baru nie malaysia digemparkan dengan satu berita yang sangat mengejutkan. Kes penderaan bayi. Seorang ibu yang sanggup memukul anaknya sendiri. Binatang yang tak ada akal pun pandai menjaga & sayang anak. aku tak faham kenapa perempuan nie tak ade perasaan belas kasihan kat anak dye. Bile aku tengok je video tu macam macam aku rase. marah, sedih, bengang, macam nk mencarut, nk nangis ergghhhhh !! sebelum nie aku tengok orang gaji yang dera budak. nie mak sendiri yang dera anak, budak tu baru belajar meniarap weyhhh. kau pukul dye, kau sepak dye cm binatang kau ingt anak kau tu ape ? nasib baiklah ade orang rakam kalau tak aku tak tau ape nasib budak tu. kalau kau tak sayang kau suruh orang len jage lagi elok dari kau jage dye. asal lah ko kene penjara kejap sangat, kenapa tak 20 tahun. lepas 20 tahun kau dah keluar penjara, kau cari anak kau, mase uh anak kau dah tengok video mcm mane kau sepak dye dulu. Mesti dye tak kenal kau conform!

Kesian budak uh, nasib baik dye dah selamat sekarang. nie baru ape yang aku nampak dalam berita, cube yang belum kite nampak? budak2 yang kene dera lagi terok? tak de sape nak tolong budak :( sedih giler. ape tah lagi budak2 yang kene dera sampai meninggal? aku harap budak uh dapat keluarga angkat yang sayang budak uh. dan aku harap perempuan uh sedar kesilapaan dye. Kalau tak pndai jaga anak tak payah buat anak k. ramai wanita kat dunia ni nak ada anak tapi tak ada rezeki. Kau dah ada anak tak nak bersyukur. Kalau kau ade masalah peribadi pun jangan sama sekali nak libatkan anak kau. Anak kau tak bersalah. Aku siap cakap dengan mama aku soh amek anak angkat. Terasa nak ade baby kat uma nie. hurmmmm aku harap lepas nie aku tak dengar lagi cite2 yang membuatkn aku nak mencarut. 

Pesanan aku yang terakhir : sayangilah anak-anak kamu, kerana ia adalah anugerah tuhan. tak semua orang bertuah yang dapat anugerah sebesar ini. janganlah memukul untuk melepaskan geram tapi pukul lah kerana anda sayang dan untuk mendidik sebenarnya ( jgn lebih2 plak ). Sebelum kau nk sepak budak uh kau bayangkan dulu mcm mane kalau kau ade kat tempat budak tu oke :) 


No comments: