Saturday 19 May 2012

mama saya


Pengorbanan seorang ibu tidak mungkin dapat dibalas dengan wang ringgit. Harganya tidak ternilai dimuka bumi ini. Tanpa ibu siapalah kita. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan dan melahirkan kita dengan kesakitan yang amat perit ia adalah sakit kedua yang paling sakit. sakit pertama ialah mati. Bertarung nyawa untuk melahirkan anak sehingga menitiskan air mata kerana menahan kesakitan.
Aku mempunyai seorang ibu yang dipanggil MAMA, yang bernama Salinah binti Esa. Mama aku seorang yang sangat prihatin tentang keperluan anak-anaknya dan pelajaran, seorang yang berpendirian tegas, seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup, seorang penyabar dan berbagai lagi sikapnya yang sukar untuk aku gambarkan.

Suatu hari mama pernah bercerita dengan  aku tentang apa yang mama lalui selama ini. Mama kata cerita ini hanyalah peringatan aku agar bersyukur dengan apa yang kita ada. Masa mama kecik dulu, mama bukanlah hidup dalam keadaan yang senang seperti orang lain. Mama sudah pandai masak ketika berumur 8 tahun, dan ketika umur itulah nenek jatuh sakit. penyakit nenek tidaklah terlalu serius tetapi perangai nenek berubah sejak mama sakit. kalau dulu nenek seorang yang penyabar, namun sejak nenek sakit nenek mudah cemburu jika anaknya sendiri bermanja atau rapat dengan ayahnya, malah anak-anaknya juga turut dipukul disebabkan sikapnya. Namun mama tidak pernah marah dengan sikap nenek. Mama juga turut menjaga adiknya. Mama adalah anak pertama dari 10 adik-beradik. Mama mempunyai tanggungjawab yang sangat berat. Sepatutnya mama mempunyai  11 adik-beradik namun seorang telah meninggal dunia ketika berumur 8 tahun. Disebabkan kesempitan hidup adik-adik mama perlu diserahkan kepada diserahkan kepada saudara-mara untuk menjaga adik mama. Mama cuba untuk menghalang namun tidak dapat. Tetapi mama sangat prihatin dengan adik-adiknya, mama selalu melawat adik-adiknya  di rumah mak saudaranya. Ada yang berada di Kulai, batu pahat, kedah dan ampang. Mama juga pernah cerita, setiap kali mama datang batu pahat jumpa adik mama, dia mesti tak ada. Lama-lama barulah mama tahu yang adik mama tidak dilayan seperti anak saudara tapi dilakukan seperti orang gaji. Mak saudara mama juga pernah pesan kepada adik mama supaya tidak mengadu kepada sesiapa terutama kepada mama. Dimaki dan dicaci adalah perkara biasa. Namun mama berfikiran positif, mama tahu yang adik-adiknya hanya menumpang dirumah orang. Adik-adik mama juga tidak disekolahkan. Disebabkan adik-adiknya selalu melakukan kerja-kerja rumah di rumah mak saudaranya, sekarang adik-adik mama mampu berdikari dan rajin dalam membuat kerja dan mencari rezeki keluarga. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Tuhan berlaku adil kepada hambaNya.

Adik beradik yang lain duduk serumah dengan mama, mamalah yang menjaga mereka dan memasak untuk mereka. Setelah mama sudah bekerja, mama mahu mengambil balik adik-adiknya. Selepas mama khawin dengan abah, mama juga turut mengahwinkan adik-adiknya. Mama tetap tidak meninggal tanggungjawabnya kepada adik-adik mereka. Mama juga turut menjaga nenek. Setelah nenek meninggal dunia, atuk duduk dengan pak tih aku iaitu adik mama. Tapi sekarang atuk dah duduk dengan mama. Atuk jatuh sakit setelah jatuh tangga dirumah aku. Mama cakap…

“Mama pernah bercita-cita dulu nak ada kereta, ada rumah sendiri, nak bawak atuk dan nenek duduk rumah mama. Sekarang cita-cita mama dah tercapai, dulu mama hidup susah bila mama dah senang sekarang mama nak balas jasa atuk.”

No comments: