Friday 18 May 2012

JIKA KITA DIBERI 2 PILIHAN YANG MANAKAH AKAN ANDA PILIH ?


Setiap orang mempunyai cita-cita bukan ? dan semua orang mahu cita-cita mereka tercapai seperti mana mereka impikan sebelum ini. Pada mulanya cita-cita aku hanyalah ingin menghiburkan hati semua orang iaitu menari. Minat aku terhadap tarian sangat mendalam, hanya tarian sahaja yang mampu membuatkan hati aku terhibur. Aku juga bermimpi agar suatu hari nanti impian aku tercapai untuk menjadi seorang penari dan menjadi tenaga pengajar dalam bidang tarian. Bagi aku tarian tradisional adalah satu tarian yang sangat unit dan mampu membuat seseorang tersenyum. Apabila aku menari aku sangat gembira dan teruja kerana aku tahu itulah impian aku. Menari membuatkan aku tersenyum, yakin pada diri aku, gembira dan satu-satunya cara untuk aku menenangkan fikiran aku.

Namun semuanya berubah setelah aku berpindah ke UITM. Seketikanya aku di sana aku masih berminat dalam tarian dan mengikuti semua aktiviti yang melibatkan tarian. Malah aku turun menjalani uji bakat untuk menyertai kelab tarian disana. Beratus-ratus orang yang mencuba nasib namun hanya tujuh orang yang bertuah. Tidak disangka nama aku turut tersenarai untuk menyertai kelab itu, Alhamdulillah. Tuhan sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu, tidak disangka sekadar mencuba nasib akhirnya aku dapat mencapai impian aku. Bagi aku ini satu langkah yang bagus untuk mencapai cita-cita aku kerana aku dapat belajar lebih banyak tentang tarian dan aku akan dapat banyak pengalaman yang dapat mengajar aku cara hidup seorang penari.

Tapi semua itu hanyalah sia-sia bagi aku. Aku telah memilih ROTU sebagai kokurikulum aku di UITM, untuk pengetahuan anda ROTU bukan sahaja sebagai kokurikulum malah ia adalah kehidupan harian aku. Mesti semuanya tertanya-tanya kenapa aku memilih askar sebagai koko aku, pada awalnya aku langsung tidak berminat untuk menjadi seorang askar, namun atas mengikut kehendak rakan aku, aku turut mencuba nasib dalam askar. Niat aku hanyalah untuk mencuba tapi tidak disangka aku terpilih. Apabila anda terpilih, maka segala undang-undang askar anda kene patuhi. Aku juga turut terpaksa memilih antara tarian atau pun askar? Itu adalah keputusan yang sangat sukar kerana jika sekali anda sudah terpilih untuk menjadi seorang askar bukan mudah untuk anda meninggalkannya kerana anda sudah terikat dengan ikrar dan janji askar.
Namun aku masih mahu meneruskan cita-cita aku sebagai seorang penari. Penari dan askar sangat berbeza. Akhirnya aku membuat keputusan. Aku memilih askar sebagai kehidupan aku di UITM. Itu adalah satu-satunya keputusan yang tidak disangka-sangka. Aku tarik diri dalam bidang tarian dan secara sahnya aku bukan lagi ahli kelab tarian tersebut. Bukan senang untuk aku memilih kedua-duanya kerana takut akan memakan diri aku sendiri. Latihan tarian dilakukan setiap malam, rocall ROTU juga dilakukan setiap malam. Susah untuk aku hadir dikedua-dua tempat dalam masa yang sama. Kenapa aku memilih askar dalam kehidupan aku ? Kerana aku tidak mahu orang memandang aku sebagai seorang penari sahaja, aku juga ingin mencuba sesuatu yang lain agar orang tahu yang aku ini bukanlah seseorang yang lemah dan tidak mudah untuk diperbodohkan. Bagi aku dengan kehidupan cara askar sahaja yang boleh mendisiplinkan aku, mengajar aku belajar dalam tekanan.

Bukan mudah untuk bertahan dalam bidang askar kerana aku bukan sahaja seorang pelajar UITM malah aku juga askar. Aku diajar supaya menjadi seorang pelajar UITM yang berdisiplin dengan mengamalkan kehidupan cara askar. Berlainan dengan pelajar lain mereka lebih banyak masa berbanding aku. Jika hujung minggu mereka lebih suka keluar bersama kawa-kawan tapi aku bersama skuad-skuad aku menjalani latihan askar. Jika malam lepas study mereka tidur, tapi aku lepas study kene rocall. Jika mereka belajar dalam keadaan tenang dan mempunyai masa, tapi aku belajar dalam keadaan tertekan dan tidak banyak masa kerana terlampau sibuk dengan latihan askar, jika pagi-pagi mereka masih tidur tapi aku pagi-pagi sudah berlari dengan skuad aku, jika mereka tidur pukul 12 tapi aku dan skuad aku tidur pukul 2 atau 3 pagi. Susah untuk aku menceritakan kisah kehidupan seorang askar kerana anda tidak tahu bagaimana rasanya menjadi seorang askar. Kerana anda hanya melihat tapi kami yang merasanya. Namun ini adalah pilihan aku, aku meninggalkan impian aku sebagai seorang penari kerana askar. Mungkin aku menyesal pada hari ini tapi dikemudian hari aku akan bersyukur dengan tindakan aku kerana memilih kehidupan seorang askar. Mungkin aku akan keluar baris dan menjadi seorang penari semula tetapi aku tahu aku tidak akan membuat keputusan begitu kerana skuad aku sentiasa menyokong dan memberi semangat agar aku kekal dalam bidang ini. Setiap kali aku melihat orang menari, semestinya aku akan merasa kesedihannya kerana alangkah bahagianya aku jika aku memilih untuk menjadi seorang menari. Bukan senang nak buang minat aku dalam bidang tarian, namun inilah pengorbanan yang aku lakukan setelah aku bergelar pelajar UITM. Bagi aku, aku mesti memilih keputusan yang tepat agar aku tidak terpesong menjadi seorang pelajar sehingga aku lupa apa niat aku sebenarnya datang ke UITM ini. Aku tahu setiap pengorbanan yang dilakukan pasti ada hikmahnya kerana tuhan tahu apa yang kita lalui.Tuhan tidak akan memberi apa yang kita nak tapi tuhan akan beri apa yang kita perlukan dalam kehidupan ini. Dari saya ROTU cawangan Melaka batch 33.


No comments: